Skip to main content

LAWATAN KOLABORASI PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY KE IPPT

 

 

BERTAM, 25 Mac –  Sekumpulan penyelidik bersama-sama dengan beberapa orang pelajar dari Prince of Songkla University (PSU)telah melawat ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Tujuan utama lawatan kolaborasi ini diadakan adalah untuk saling mengenali kekuatan dan keperluan institusi masing-masing.

 

Bagi mengalu-alukan kolaborasi antara dua institutsi ini, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, PM Dr. Narazah Mohd Yusoff telah menyambut para pelawat bersama-sama dengan kakitangan kluster Perubatan Regeneratif yang lain.

 

Dr. Badrul Hisham Yahaya telah memberikan taklimat ringkas mengenai IPPT di samping memperkenalkan barisan pensyarah dan penyelidik bersama-sama dengan bidang kepakaran mereka kepada para pelawat. Taklimat mengenai PSU pula telah disampaikan oleh PM Dr. Suttatip Kamolmatyakul dari Faculty of Dentistry dan Dr. Jirut Meesane dari Faculty of Medicine PSU.

 

PM Dr. Suttatip memberikan taklimat mengenai kumpulan penyelidik dan fasiliti  Stem Sel dan Perubatan Pergigian Regeneratif yang terdapat di PSU manakala Dr. Jirut pula menyampaikan taklimat mengenai rangkaian penyelidikan jabatan Biological Materials for Medicine, PSU.

 

Lawatan selama setengah hari ini ditutup dengan sesi lawatan di IPPT. Turut menyertai PM Dr. Suttatip dan Dr. Jirut adalah Dr. nantakan Muensit, Jakchai Jantaramano dan Dr. Chalongrat Danegegam bersama-sama lima orang pelajar PSU.

 

 

Berita : Mohd Nadzri Shuib
Foto : Norizan Ishak

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
  • Last updated on .
  • Hits: 1390