Skip to main content

IPPT TINGKATKAN KADAR KESIHATAN KOMUNITI SETEMPAT


 

BANDAR PUTRA BERTAM, 11 Mac – Secara amnya, kehidupan yang kurang aktif yang berpanjangan telah dikenal pasti sebagai punca utama kepada masalah kesihatan di kalangan warga dunia. Meskipun ramai telah mengetahui bahawa aktiviti senaman yang dibuat secara rutin mampu membawa perubahan dalam kehidupan dari aspek kesihatan fizikal dan mental, namun tidak ramai yang mengamalkannya.

 

Justeru, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia menerusi Kluster Sains Gaya Hidup telah mengadakan Functional Exercise Training “Community Health”untuk semua staf IPPT dan komuniti Taman Putra Bertam, Kepala Batas Tujuan program ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang cara senaman yang betul dan melatih peserta agar mereka dapat mengaplikasikan latihan senaman tersebut samada di rumah ataupun di tempat kerja supaya mereka menjadi lebih sihat dan cergas.

 

Usaha ini secara tidak langsung boleh membantu orang ramai untuk menjalankan aktiviti fizikal seterusnya meningkatkan tahap kualiti kesihatan diri masing-masing. Bagi memaksimumkan penglibatan peserta, program tersebut dijalankan pada setiap hari Isnin dan Rabu pada pukul 5.30 petang bagi staf IPPT manakala untuk peserta PROKOMA (Program Komuniti Angkat Bandar Putra Bertam) pula pada setiap hari Selasa dan Khamis, pada pukul 9.00 pagi.

Latihan senaman ini dikendalikan oleh dua orang pelajar latihan industri jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Perlis, Arau.

Program Functional Exercise Training “Community Health” ini akan dijalankan selama tiga bulan bermula 25 Februari 2013 sehingga 25 Mei 2013. Aktiviti senaman berlansung selama 60 minit untuk setiap sesi. Selain bersenam di ruang terbuka di luar bangunan, para peserta juga turut menggunakan kemudahan alatan senaman sedia ada di Kluster Sains Gaya Hidup seperti Elastic Band dan Fitness Ball.

 


Oleh : Nazirah Gulam Mohamed
Foto: Norjana Ismail

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail : 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
 
 
 
  • Last updated on .
  • Hits: 1692