Skip to main content

MENCARI KUNCI KESEMPURNAAN SOLAT



BERTAM, 6 Mac 2013 - Allah SWT telah mewajibkan semua hamba-Nya agar menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Tahukah kita bahawa solat merupakan soalan pertama yang akan ditanya nanti di akhirat kelak, sebelum amalan-amalan yang lain. Namun begitu, kesempurnaan dalam solat juga perlu dititkberatkan bagi memastikan amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T dan tidak menjadi sia-sia.

Kita sebagai umat Islam perlu mengambil serius kesempurnaan dalam solat. Menyedari pentingnya pengetahuan tentang kesempurnaan solat ini, Unit Hal Ehwal Islam (UHEIS) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Solat Sempurna yang diadakan di sini. Seramai lebih kurang 80 orang peserta hadir dalam program ini bagi meningkatkan pengetahun ilmu agama tentang kesempurnaan solat. Solat sempurna iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.

Kursus sehari ini telah memberi pengetahun yang cukup mendalam dalam mengerjakan solat. Penceramah yang diundang khas dari Pusat Islam Universiti Sains Malaysia memberikan banyak ilmu pengetahun yang berguna untuk dipraktikkan dalam solat yang wajib dilakukan lima kali sehari. Rata-rata peserta yang hadir amat berpuas hati dengan ceramah yang disampaikan.


Berita / Foto : Mohd Faisal Jamaludin

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail : 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : www.facebook.com/ipptusm

  • Last updated on .
  • Hits: 2127