Skip to main content

PRIHATIN: NAIB CANSELOR MELAWAT STAF USM



BERTAM, 28 Feb 2013 
- “Saya berasa amat terharu dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor USM kerana sudi meluangkan masa melawat saya yang terlantar sakit,” demikian kata Mohamad Zohaimi Bin Che Noh, 52, yang mengidap barah usus selepas disahkan mengidap penyakit tersebut pada tahun lepas.

Prof. Dato’ Omar Osman dan isteri, Datin Noraizan Jamaludin berkesempatan meluangkan masa melawat warga USM yang terlantar sakit di Kompleks Klinikal, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM, lewat petang semalam.

Zohaimi yang bekerja sebagai Pembantu Am Pejabat Kanan N4 di Kampus USM Transkiran berkata, dia tidak pernah sesekali menyangka Naib Canselor akan hadir melawat dirinya yang sedang terlantar sakit.

Walaupun sibuk dengan tugas-tugas sebagai pemimpin nombor satu universiti, keprihatinan Naib Canselor terhadap warganya tidak dilupakan. Keprihatinan pihak USM juga terutama IPPT dalam menyediakan kemudahan wad dan fasiliti yang selesa serta layanan yang baik sangat dihargai.

“Terima kasih kepada Dato’ Naib Canselor dan Datin dengan kehadiran beliau itu sedikit sebanyak memberi kegembiraan dan semangat kepada saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Naib Canselor juga meluangkan masa melawat seorang lagi staf USM, Azhari Ali, 48, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya penghujung tahun lalu. Azhari yang merupakan Juruteknik Komputer di Kampus Induk USM kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan tersebut.


Berita : Mohd Faisal Jamaludin
Foto :  Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail : 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : www.facebook.com/ipptusm

  • Last updated on .
  • Hits: 1709