Skip to main content

PRODUK INOVATIF IPPT DI AUDIT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


PULAU PINANG, 25 Feb
 – Neuro Nutrition dan Diet atau singkatannya, NeoN-D adalah sejenis produk minuman kesihatan hasil formulasi saintis dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan rakan industry iaitu EMRAN Trading Sdn. Bhd. Antara kelebihan produk ini ialah ia kaya dengan nutrisi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya kerana ianya menggunakan sumber asli sebagai ramuan bagi memastikan penghadaman dan penyerapan zat-zatnya dapat di optimumkan.

NeoN-D adalah hasil daripada penyelidikan yang dijalankan menerusi “Knowledge Transfer Programme” yang dipacu oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di mana antara matlamat program tersebut adalah untuk membantu syarikat-syarikat kecil untuk menghasilkan produk berinovasi hasil penyelidikan saintis yang diiktiraf antarabangsa sekaligus membantu mereka meningkatkan jualan tahunan syarikat.

Bertempat di Pusat NADI, USM wakil-wakil dari KPT telah turun padang bagi melaksanakan Audit Penilaian Projek Khas APEX selama dua hari bermula 25 Februari. Dr. Jahangir Kamaldin,  Pakar Kualiti dan Keselamatan Kimia yang merupakan salah seorang daripada tiga saintis yang telah terlibat dengan formulasi NeoN-D telah dicalonkan untuk diaudit oleh Auditor KPT kerana projek tersebut turut  melibatkan rakan industry. Selain Dr. Jahangir, dua orang lagi saintis yang terlibat dalam penghasilan NeoN-D ialah Dr. Hamid Jan bin Jan Mohamad, Pakar Nutrisi dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Prof. Dr. Noor Aziah binti Abdul Aziz.

Antara matlamat lain NeoN-D adalah untuk meningkatkan keupayaan otak bagi golongan kurang mampu, justeru penghasilan produk berinovatif seperti NeoN-D bukan sahaja membantu pihak industri malah kebaikan produk itu sendiri dapat sampai kepada golongan terkebawah.

 

Oleh / Foto : Mohd Nadzri Shuib

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT
E-mail : 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Last updated on .
  • Hits: 1942