Skip to main content

IPPT SAMBUT BAIK HASRAT KERJASAMA DENGAN XINXIANG MEDICAL UNIVERSITY CHINA

KEPALA BATAS, 21 Jan – Bertitik tolak dari pelantikan Profesor Madya Dr. Narazah Mohd Yusoff sebagai perunding penyelidikan bagi Xinxiang Medical University, China pada tahun lepas, satu delegasi dari universiti berkenaan telah membuat lawatan kerja ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Delegasi yang terdiri daripada En. Yulin Cao, Cik Yonghong Cui dan En. Minsheng Chen serta Profesor Dr. Jogenananda Pramik dari Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) telah di sambut oleh Profesor Madya Dr. Narazah yang juga Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi serta barisan doktor dan pensyarah IPPT di Kompleks Klinikal.

Rombongan ahli akademik ini kemudiannya telah dibawa melawat sekitar Kompleks Klinikal dengan diketuai oleh Dr. Muhammad Yusri Musa, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal IPPT. Antara tempat yang dilawati adalah Klinik Perunding, Unit Rawatan Harian dan Makmal Diagnostik Termaju.

Satu taklimat ringkas turut diadakan di dewan kuliah pejabat akademik disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Narazah yang telah memperkenalkan barisan doktor yang hadir bersama-sama dengan bidang kepakaran dan penyelidikan yang sedang dijalankan. En. Cao mewakili rakan-rakan dan Xinxiang Medical University telah menyampaikan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan IPPT kerana masing-masing mempunyai persamaan dalam bidang penyelidikan yang dijalankan.

Sesi lawatan kerja delegasi dari China ini diakhiri dengan lawatan ke Kompleks Penyelidikan Haiwan IPPT.

 

Oleh / Foto : Mohd Nadzri Shuib

 

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.u.my

  • Last updated on .
  • Hits: 1475