Skip to main content

PEMBEDAHAN PERTAMA DI KOMPLEKS PENYELIDIKAN KLINIKAL

BERTAM, 10 Jan – Secara rasminya Dewan Bedah Kompleks Penyelidikan Klinikal  Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) telah mula beroperasi dengan melakukan pembedahan pertama bagi mengeluarkan ketulan atau cyst untuk biopsi.

Pembedahan telah dilakukan oleh Dr. Muhamad Yusri Musa, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak yang juga Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal IPPT dengan dibantu oleh jururawat bertugas. Menurut Dr. Yusri dengan bermulanya perkhidmatan ini IPPT telah berjaya mengembangkan lagi skop perkhidmatan yang menggunakan prasarana moden dan terkini. Tambah beliau lagi, jika sebelum ini perkhidmatan pesakit hanya terhad kepada pemeriksaan dan rawatan biasa daripada Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan sahaja tetapi kini boleh hingga ke peringkat pembedahan. Walau bagaimanapun buat masa ini tidak semua jenis pembedahan boleh dilakukan di sini dan ianya bergantung kepada kes demi kes.

Oleh itu, pembedahan pertama yang berjalan dengan lancar ini  telah menambah satu lagi perkhidmatan baru yang amat bermanfaat kepada penduduk tempatan dan orang ramai. Adalah diharapkan melalui usaha ini akan mendekatkan universiti dengan masyarakat. Sejajar dengan misi universiti untuk mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasikan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

 

Oleh / Foto : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

Untuk keterangan lanjut, hubungi Pejabat Perhubungan Awam IPPT

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my

  • Last updated on .
  • Hits: 1885