LAWATAN SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAKUB, MERLIMAU MELAKA
BERTAM, 2 JUN 2015 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kedatangan pelawat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, Melaka. Seramai 33 orang pelajar, Tingkatan 5 dan 5 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan ini.
Taklimat Mengenali IPPT disampaikan oleh Pegawai Penerangan IPPT, Encik Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid dan Taklimat Pelaksanaan 5S di IPPT oleh Ketua Seksyen Farmasi IPPT, Encik Md Hisham Abd Razak.
Menurut Guru Pengiring, Puan Zalina Abu Bakar berkata “ lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kerjaya dalam bidang perubatan dan pergigian serta untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh IPPT. Di samping itu lawatan ini juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pelaksanaan aktiviti 5S di IPPT.
Tambah beliau lagi pihak sekolahnya telah merancang untuk melaksanakan aktiviti 5S di sekolah berkenaan dan IPPT yang telah berjaya mendapat persijilan 5S akan menjadi role model pula kepada mereka
Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan
- Last updated on .
- Hits: 4551