Skip to main content

PEMBUKAAN POLIKLINIK EKSEKUTIF IPPT USM 24 JAM

Poliklinik Eksekutif 2

BERTAM, PULAU PINANG, 25 Jun 2020 – Berbekalkan kepakaran dan fasiliti perubatan yang serba lengkap, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menawarkan perkhidmatan Poliklinik Eksekutif yang beroperasi secara 24 jam dan terbuka kepada orang awam.

Menurut Pengarah IPPT Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman, rawatan yang diberikan merangkumi perkhidmatan rawatan pesakit luar dan perkhidmatan klinik pakar (melibatkan bidang tertentu) dan berbayar sepenuhnya.

“Kemasukan ke Wad Eksekutif juga disediakan untuk kes yang memerlukan rawatan sebagai pesakit dalam dengan kapasiti 50 katil pesakit.

“Perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif terbaru IPPT USM dalam menawarkan perkhidmatan perubatan berkualiti berdasarkan perkembangan terkini dan memberikan nilai tambah dalam perkhidmatan kepakaran di IPPT khasnya,” katanya.

Poliklinik Eksekutif IPPT USM telah memulakan operasinya pada 22 Jun 2020 dan menerima pendaftaran secara ‘walk in’.

Antara bidang-bidang kepakaran yang ditawarkan di bawah Perkhidmatan Kesihatan Eksekutif adalah seperti berikut:

  • Perubatan Keluarga
  • Pediatrik
  • Psikiatri
  • Pergigian - Pergigian am, Ortodontik, Pedodontik, Prostodontik
  • Pembedahan - Pembedahan am, Pembedahan payudara, Pembedahan hati
  • Ortopedik - Ortopedik am, Pembedahan tangan dan tisu lembut
  • Ginekologi
  • Oftalmologi
  • Otorinolaringologi
  • Urologi
  • Onkologi dan Radioterapi
  • Radiologi
  • Perubatan Nuklear
  • Ujian Makmal

Untuk informasi dan temujanji baru, hubungi 04-562 2911 / 04-562 2912.

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid

  • Last updated on .
  • Hits: 1884