Skip to main content

COVID-19: IPPT TERIMA KOTAK INTUBASI SUMBANGAN PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS

Penyerahan Kotak Intubasi oleh Parlimen Kelapa Batas 1

BERTAM, 23 April 2020 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menerima sumbangan Kotak Intubasi daripada Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik, Dato' Ahmad Darus mewakili Menteri Belia dan Sukan kepada Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan, Dr. Hasni Arsad yang mewakili Pengarah IPPT.

“Kotak intubasi ini adalah projek khas yang diusahakan oleh Persatuan Residensi Limonia Lakeside Bertam (LARA) bertujuan untuk membantu petugas barisan hadapan dalam menghadapi situasi yang sukar ketika ini,” kata Ahmad ketika menyampaikan sumbangan.

Menurut Hasni pula, IPPT sangat menghargai sumbangan yang diberikan kerana ia dapat membantu petugas barisan hadapan IPPT khususnya ketika proses rawatan dan juga semasa pembedahan.

“Kotak Intubasi ini ibarat perisai yang berupaya mengurangkan risiko dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi petugas barisan hadapan daripada terkena jangkitan COVID-19.

“IPPT juga merupakan antara institusi yang dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melakukan ujian makmal pengesanan COVID-19,” katanya ketika menerima sumbangan.

Turut hadir sama Presiden LARA, Encik Mohd Taufik Abd Wahab dan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Ustaz Naim Salleh.

 

Teks: Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid/Foto: Dr. Hasni Arsad

  • Last updated on .
  • Hits: 541