Skip to main content

CANCER SURVIVOR MALAYSIA SANTUNI PESAKIT KANSER IPPT

Cancer Survivor 2019

BERTAM, 2 April 2018 – Berbekalkan moto ‘Aku Ingin Hidup’ inilah yang mendorong Cancer Survivor Malaysia dan Persatuan Sukarelawan Kanser Negeri Kedah untuk terus berbakti kepada pesakit kanser dengan menghulurkan bantuan dan sokongan moral. Sudah menjadi rutin persatuan ini turun padang bertemu mata dengan pesakit kanser sambil menyampaikan sumbangan dalam bentuk makanan dan juga kewangan.

Menurut Pengasas Cancer Survivor Malaysia Puan Zuraini Kamal, adalah diharapkan dengan bantuan yang diberi akan dapat meringankan beban pesakit dan keluarga mereka. Dengan kata lain sekurang-kurangnya dapat mengembirakan pesakit dan menunjukkan tanda prihatin kita kepada mereka yang diuji dengan kesakitan.

Dalam program ziarah ini seramai 40 orang pesakit kanser telah menerima sumbangan daripada Cancer Survivor Malaysia dan rata-rata pesakit yang disantuni menyambut baik usaha ini dan merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Yang turut hadir adalah Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman ; Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian, Dr. Noor Khairiah A. Karim ; Dr. Fitreena Anis Amran, Penyelaras Paliatif dan Lawatan Ke Rumah.

 

Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid / Foto : Norizan Ishak dan Amir Zaidi

  • Last updated on .
  • Hits: 712