Skip to main content

IPPT KUKUHKAN KERJASAMA DENGAN UNIVERSITI DE LORAINE

LAWATAN UL FRANCE

KEPALA BATAS, 20 Februari 2018 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM menerima lawatan akademik dari Universiti De Loraine (UL), Perancis. Deligasi seramai 5 orang pengurusan tertinggi UL diketuai oleh Presidennya, Professor Pierre Mutzenhardt.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jariangan, Profesor Madya Dr. Ahmad Munir Che Mohamed bertujuan untuk mewujudkan dan meneroka peluang-peluang kerjasama dari aspek program akademik dan kolaborasi penyelidikan.

Selain itu, melalui sesi perbincangan ini juga, kesemua Universiti berpeluang untuk memperkenalkan Universiti masing-masing serta dapat mengenali IPPT USM dengan lebih dekat.

Untuk rekod, 'USM dan UL telah bekerjasama sejak 20 tahun lalu dan pelbagai aktiviti bersama telah dijalankan termasuk program Erasmus Mandus, penyelidikan bersama dan pertukaran pelajar dan staf akademik,

Sesi lawatan ini kemudian diteruskan dengan lawatan ke makmal yang terdapat di Kompleks Penyelidikan Haiwan dan melihat perkhidmatan yang ditawarkan di sini.

 

Teks : Mohd Faisal Jamaludin |Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 1087