Skip to main content

IPPT TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KORIDOR UTARA

Koridor Utara

BERTAM, 9 Februari 2018 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan hormat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang diketuai Ketua Eksekutif Datuk Redza Rafiq Abdul Razak yang juga merupakan Ahli Lembaga Gabenor USM.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat potensi kerjasama antara IPPT USM dan NCIA dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan pelancongan perubatan. Delegasi NCIA telah dibawa melawat kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Kompleks Klinikal IPPT.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) USM, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pengarah IPPT, Dr. Norehan Mokhtar, Pegawai-pegawai USAINS Holding Sdn Bhd, Timbalan-timbalan Pengarah IPPT, Ketua-ketua Kluster dan Ketua-ketua Seksyen.

Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid |Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 447