Skip to main content

PROGRAM KESUKARELAWANAN ERAT HUBUNGAN SESAMA WARGA IPPT

Hari Sukarelawan IPPT 2017

BERTAM, 30 September 2017 – Seramai lebih kurang 250 orang staf dan pelajar Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia telah menjayakan Program Hari Sukarelawan IPPT 2017.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menyemaikan semangat kesukarelawan dalam kalangan warga kerja dan pelajar IPPT selain mengeratkan silaturrahim sesama mereka.

Program yang dijalankan melibatkan aktiviti pembersihan dan pengindahan kawasan sekitar kampus IPPT termasuklah pembukaan Taman Mas Cotek di tapak semaian khas di hadapan bangunan Kompleks Penyelidikan Klinikal (CTC).

Menurut Dr. Norehan Mokhtar, Pengarah IPPT, beliau melahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga IPPT dalam menjalankan aktiviti kesukarelawanan.

“Kehadiran semua pada hari ini menunjukkan bahawa warga IPPT memberikan sokongan padu bagi memastikan usaha kita pada hari ini akan membuahkan kejayaan seperti yang diharapkan,” katanya.

“Saya amat berharap agar program yang julung-julung kali diadakan ini akan jadikan sebagai salah satu acara tahunan IPPT.”

“Sebagai permulaan untuk tahun ini kita mulakan dengan aktiviti di kampus kita sendiri dan pada tahun-tahun akan datang, kita akan kembangkan aktiviti kesukarelawanan ini untuk masyarakat luar,” tambahnya lagi ketika menyampaikan ucapan perasmian program berkenaan.

Program separuh hari ini juga turut disertai oleh Sukarelawan COMBI (Communication For Behavioural Impact) IPPT iaitu program dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit khususnya penyakit demam denggi.

Turut hadir bersama dalam aktiviti ini ialah Timbalan Pengarah Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin.

 

Teks: Faisal Jamaludin | Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 897