Skip to main content

BENGKEL ISO 9001:2015

BERTAM, 7 September 2017 - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah selesai menjalankan Bengkel Kesedaran ISO bertempat di Bilik Seminar Kompleks Penyelidikan Haiwan, IPPT.

Seramai 40 orang staf yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan Seksyen di IPPT telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel selama satu hari ini merupakan bengkel permulaan bertujuan untuk memberi kefahaman, pengetahuan dan pendedahan awal kepada kakitangan berkenaan ISO 9001:2015 serta dapat melaksanakan proses ini dengan jayanya.

Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Puan Saadiah Enok daripada Jabatan Kualiti, Sirim STS Sdn. Bhd. Diharapkan taklimat yang diberikan dapat membantu warga IPPT sebagai persediaan untuk menghadapi perlaksanaan ISO pada masa hadapan.

  • Last updated on .
  • Hits: 858