IPPT ANJUR KURSUS INTENSIF PERUBATAN NUKLEAR
PULAU PINANG, 2 Oktober 2013 - Kursus Intensif Perubatan Nuklear diadakan setiap tahun sejak tahun 2009. Ia khususnya disediakan untuk pelajar Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) tahun 2 dan 3, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia. Walaubagaimanapun penyertaan juga terbuka kepada peserta luar yang ingin mendapatkan maklumat dalam bidang Perubatan Nuklear.
Pada tahun ini, kursus tersebut berlangsung selama tiga hari di Kompleks Eureka , Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia. Kursus ini dihadiri hampir 50 orang peserta termasuk pelajar Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) tahun 2 dan 3.
Penceramah yang di jemput terdiri dari pakar-pakar Perubatan Nuklear seluruh negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.seperti dari KKM, HUKM,IJN dan IPPT sendiri.
Topik kursus adalah berkaitan Perubatan Nuklear secara klinikal serta bidang yang berkait rapat seperti bidang Pembedahan dan Onkologi. Penceramah dari IPPT juga dijemput untuk berkongsi ilmu dan kepakaran seperti Dr Mohammad Yusri Musa, Pakar Pembedahan ENT IPPT, Dr Gokula Kumar, Pakar Onkologi IPPT serta Dr Mahayuddin Abd Manap, Pakar Perubatan Nuklear IPPT.
Topik-topik pada kursus kali ini adalah berkaitan bidang “Endocrine” , “Nuclear Cardiology” , “Genitourinary” dan “Neurology”.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear), pengamal perubatan , pegawai fizik ,kakitangan separa perubatan dan lain-lain yang berkaitan untuk menimba pengalaman dan ilmu Perubatan Nuklear serta menjadi salah satu tempat untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman.
Sehubungan dengan itu, penganjur berharap kursus ini dapat diadakan setiap tahun dan dapat melibatkan lebih ramai peserta yang berminat dalam bidang Perubatan Nuklear di masa akan datang serta dapat memberi khidmat yang lebih baik dalam menyediakan prasarana dan kemudahan yang lebih selesa kepada peserta.
Teks: Khairul Nizam Jaafar / Foto: Norizan Ishak
- Last updated on .
- Hits: 3783