Perkhidmatan Sumber Manusia dan Klinikal
Unit ini bertanggungjawab mengurus dan memantau hal ehwal perkhidmatan staf bermula aktiviti melapor diri, disahkan dalam jawatan, pelanjutan sehinggalah proses persaraan / penamatan bagi staf tetap, sementara, kontrak, Kunjungan, Perunding dan felo pasca doktoral.
Unit ini juga bertanggungjawab mengurus dan memantau emolumen staf dari aspek gaji, pergerakan gaji dan semua elaun / imbuhan terlibat seperti; Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Insentif Pakar/ Elaun Galakan, Bayaran Insentif Khas, Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan, Bayaran Insentif Pegawai Khidmat Awam, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Pembantu Rumah, Bayaran Bantuan Sara Hidup, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Gred Khas dan Bantuan Menyelenggara Rumah.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) juga akan diuruskan oleh Unit ini selain mengurus dan memantau permohonan Annual Practice Certificate (APC), Temporary Practice Certificate (TPC), Nasional Specialist Register (NSR) dan perbekalan cuti Universiti dan klinik panel.
{slider=Rangka Kerja & Pelaksanaan}
{/slider}
- Last updated on .
- Hits: 2839