Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar ke Hospital Lam Wah Ee

Ramai orang mengguna kaedah sistem perubatan tradisi untuk merawat penyakit ‘gaya hidup’. Hospital Lam Wah Ee merupakan satu hospital swasta (not for profit) yang telah ditubuhkan pada penghujung abad-19 di Pulau Pinang untuk memberi rawatan tradisi Negara Cina kepada pendududuk kaum Cina yang menetap di Pulau Pinang. Pihak Jawatankuasa Perubatan Cina, Hospital Lam Wah Ee telah bersetuju kepada hasrat ahli kluster untuk membuat satu lawatan sambil belajar kepada bahagian Perubatan Cina. Objektif lawatan adalah untuk mengenalpasti rawatan tradisi yang ditawarkan oleh Hospital Lam Wah Ee, menjana idea mengenai projek bersama (penyelidikan atau program akademik) dan menjalinkan hubungan dua hala antara institusi (Hospital Lam Wah Ee merupakan bakal majikan kepada graduan-graduan IPPT). Selain daripada menawarkan perubatan moden kepada pesakit, Hospital Lam Wah Ee juga menawarkan perubatan tradisional Cina untuk membantu menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Perubatan tradisonal ini dilakukan di dalam bangunan yang berasingan daripada perubatan moden iaitu di Memorial Hall.

lwe1lwe2lwe3

  • Last updated on .
  • Hits: 2755