Skip to main content

Pengenalan Khidmat Surgeri

Perkhidmatan pembedahan am merupakan perkhidmatan asas klinikal dalam satu program rawatan pesakit di sebuah institusi perubatan. Perkhidmatan pembedahan am telah melalui suatu rangkaian revolusi yang mendadak terutamanya dari segi pemurnian teknik dan rawatan rohani pesakit. Di IPPT, kami memberikan perkhidmatan pembedahan am secara holistik di mana pesakit boleh menerima rawatan dari saringan ke rawatan-rawatan lepas pembedahan seperti kemoterapi, radioterapi mahupun paliatif. Pakar-pakar bedah kami berada di bawah kluster yang berbeza, ini membuka rangkaian rawatan yang lebih menyeluruh terhadap rawatan dan juga penyelidikan penyakit para pesakit kami. Kami turut menjalankan mesyuarat “Multi-disciplinary Meeting” yang khas untuk para pesakit onkologi untuk memastikan rawatan terkini yang diberikan kepada para pesakit.

Kami mengharapkan peningkatan jumlah masyarakat tempatan untuk mengenali kami. Peningkatan ini boleh membantu pihak kami meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan klinikal di samping memurnikan mutu penyelidikan terhadap penyakit demi kepentingan kesihatan masyarakat di kawasan utara ini.

Objektif:

1. Memberikan rawatan yang optima dan terkini mengikut kesesuaian pesakit

2. Memberikan didikan kaunseling untuk pesakit kanser dan keluarga pesakit mengikut tahap penyakit dan kesesuaian dengan pesakit kami
3. Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kanser melalui saringan dan kempen kesihatan
4. Memberikan rawatan pada kadar yang berpatutan
5. Memberikan kemudahan perkhidmatan pembedahan am kes-kes kanser dan bukan kanser di bahagian utara
6. Mengurangkan kadar infeksi, komplikasi, kesakitan di pra-bedah dan selepas rawatan pembedahan
7. Meningkatan mutu rawatan klinikal dan penyelidikan klinikal demi memanfaatkan masyarakat

{slider=Wad Pesakit Dalam}

Kebanyakan kes surgeri yang dimasukkan ke dalam wad adalah kes-kes kanser payudara dan kes kanser kolon di mana rawatan yang diberikan adalah selari dengan matlamat IPPT untuk memajukan bidang onkologi di bahagian utara ini. Kami mengendalikan kes-kes bius setempat (Local/Regional Anaesthesia) dan juga bius am (General Anaesthesia).

Kami turut mengendalikan kes-kes bukan kanser seperti “total/hemi thyroidectomy”, “laparoscopic cholecystectomy”, “open/laparoscopic hernia repair”, “haemorroidectomy”, “excision biopsy”, meletakkan “chemoport” dan lain-lain untuk memberikan kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat di bahagian utara ini.

Kemasukan pesakit sehari sebelum pembedahan pada pukul 9 pagi digalakkan untuk memudahkan proses taksiran pra-bedah (untuk kes-kes khas yang ditentukan oleh pakar bedah dan bius sahaja)

{/slider}

  • Last updated on .
  • Hits: 5122