Skip to main content

Klinik Perubatan Intergratif

Perubatan Integratif merupakan satu bidang perubatan yang menggabungkan kaedah perubatan tradisional dan perubatan moden untuk merawat pesakit. Klinik ini ditubuhkan bagi mengintegrasi rawatan ‘evidence-based’ ke dalam perubatan moden. Keutamaan klinik ini adalah untuk memperkasakan perubatan melayu dan mengaplikasikannya ke dalam perubatan moden.

3 komponen rawatan yang utama di klinik perubatan integratif iaitu;

- Urut Melayu
- Bekam
- Herba

Melalui penyelidikan berterusan yang dijalankan di IPPT dan USM amnya, rawatan yang ditawarkan ini mampu untuk digandingkan bersama-sama rawatan moden. Klinik ini dijalankan oleh 2 pegawai perubatan dan dibantu oleh pengamal-pengamal tradisional yang berlatarbelakang perubatan moden.

{slider=Urut melayu}
Urut melayu diperkenalkan di klinik perubatan integratif sejak awal tahun 2014. Rawatan yang menggunakan kaedah urutan tradisional ini mengfokuskan bagi mengurangkan kesakitan ‘pain-relieve’ kepada pesakit yang menghadapi sakit yang kronik. Terdapat 8 pengamal urutan yang terlatih terdiri daripada jururawat terlatih, penolong pegawai perubatan, jurupulih anggota dan juruteknik perubatan yang memberi perkhidmatan urut melayu.

urutan melayu 2
Pengamal urut melayu sedang merawat pesakit

{/slider}

{slider=Bekam}

Bekam ataupun ‘cupping’, samada kering (tanpa pengeluaran darah) ataupun basah (dengan mengeluarkan darah) merupakan salah satu kaedah rawatan yang telah lama diamalkan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Dalam masyarakat melayu, amalan bekam basah kerap digunakan sebagai salah satu cabang perubatan. Bekam tradisional biasanya menggunakan tanduk, cawan kaca atau buluh sebagai salah satu medium untuk menghasilkan tekanan pada ‘point’ yang dikehendaki.

Proses bekam adalah dengan mengeluarkan darah kotor (toksin) dengan menggunakan prosedur tusukan jarum halus keatas lapisan kulit (epidermis) pada ‘point’ yang tertentu. ‘Point’ ini dipilih berdasarkan kepada penilaian doktor dan pengamal bekam terhadap symptom-simptom yang diberikan oleh pesakit. Proses ini dilakukan selama 5-10 minit. Pengeluaran darah ini dipercayai dapat membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit yang dialami. Amalan bekam juga merupakan amalan sunnah. Pada masa sekarang, penggunaan cawan plastik bekam yang lebih hygenik datang dari China dan Korea digunakan bagi menggantikan alat bekam tradisional.

Mengikut teori terbaru bekam iaitu Taiba Teori, tekanan negatif pada kawasan bekam oleh cawan bekam akan menyebabkan akumulisasi cecair pada kapilari, limfatik dan kawasan sekitarnya. Ini akan menyebabkan dilusi bahan bahan keradangan yang terdapat disekitarnya . Apabila torehan dibuat dan mengaplikasikan tekanan negatif pada kawasan tersebut, cecair radang akan dikeluarkan dari kawasan keradangan dan dielakkan daripada dimasukkan semula kedalam kapillari. Keadaan ini mampu untuk meningkat imuniti dan pengeluaran kimia opiods oleh kulit akibat daripada kesan torehan dan tekanan tersebut. Selain itu, ia dapat meningkatkan aliran darah dan cecair limfa yang membolehkan bekam menyeimbangkan hemeostasis dalam badan.

bekam1
Pengamal bekam merawat pesakit dengan membekam dikawasan tengkok

 

bekam2
Kedudukan ‘point’ bekam pada kawasan sunnah. Penggunaan ‘point’ sunnah kebiasaannya adalah untuk  ‘wellness’

{/slider}

{slider=Herba}

Penggunaan herba di klinik ketika ini adalah terhad. Penggunaan herba di klinik perubatan integratif adalah berasaskan kepada penyelidikan yang disandarkan kepada amalan penggunaan herba secara tradisional dikalangan masyarakat melayu. Klinik juga menggunakan herba herba yang terpilih daripada penyelidikan dikalangan penyelidik USM sendiri. Seperti contoh penggunaan herba pecah beling untuk penyakit pembengkakan prostat dan ekstrak misai kucing dalam merawat tekanan darah tinggi. Dengan penyelidikan yang berterusan tentang herba-herba ini, diharap penggunaannya akan lebih meluas di klinik perubatan integratif di masa akan datang.

herba

{/slider}

 

  • Last updated on .
  • Hits: 4212