Skip to main content

Pengenalan Pakar Perubatan

Perkhidmatan pakar perubatan  merupakan perkhidmatan asas klinikal dalam satu program rawatan pesakit di sebuah institusi perubatan. Perkhidmatan perubatan dalam telah melalui suatu rangkaian revolusi yang berterusan dari segi penemuan ubatan baru dan rawatan rohani pesakit. Di IPPT, kami memberikan perkhidmatan perubatan dalam secara holistik di mana pesakit boleh menerima rawatan dan pemeriksaan klinikal yang berpelbagaian dari segi perubatan, fisioterapi, pemeriksaan radiologi dan sebagainya. Pakar-pakar kami berada di bawah kluster yang berbeza, ini membuka rangkaian rawatan yang lebih holistik kepada pesakit.

Kami mengharapkan peningkatan jumlah masyarakat tempatan untuk mengenali kami. Peningkatan ini boleh membantu pihak kami meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan klinikal di samping memurnikan mutu penyelidikan terhadap penyakit demi kepentingan kesihatan masyarakat di kawasan utara ini.

Objektif:
1.    Memberikan rawatan yang optima dan terkini mengikut kesesuaian pesakit
2.    Memberikan didikan kaunseling untuk pesakit dan keluarga pesakit mengikut tahap penyakit dan kesesuaian dengan pesakit kami
3.    Meningkatkan kesedaran masyarakat setempat mengenai sesuata penyakit melalui saringan dan kempen kesihatan
4.    Memberikan rawatan pada kadar yang berpatutan
5.    Meningkatan mutu rawatan klinikal dan penyelidikan klinikal demi memanfaatkan masyarakat

Waktu Beroperasi Klinik Pakar Perubatan

Isnin   0830-1300    
  Klinik Pakar Perubatan
Selasa   0830-1300   Klinik Pakar Perubatan
Rabu   0830-1300   Klinik Pakar Perubatan
Khamis   
  1400-1710   Klinik Pakar Perubatan

Nombor untuk dihubungi: +604-562 2610 dan +604-562 2618

  • Last updated on .
  • Hits: 2216