Skip to main content

Klinik Pakar Oftalmologi

Klinik ini menawarkan perkhidmatan pesakit luar dimana, setiap kes baru perlu mendapat rujukan dari hospital/ klinik, kerajaan/ swasta lain. Objektif klinik ini adalah untuk memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, perawatan awal, dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes kacacatan penglihatan dapat dikurangkan; dan seterusnya dapat mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi perkhidmatan penjagaan mata yang optimum.

Fungsi-fungsi utama: 

• Menyediakan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar.

• Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang mempunyai masalah berkaitan dengan mata.

• Pengesanan awal glaukoma dan diabetic retinopathy.

• Menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil untuk kes-kes tertentu.

• Pendidikan kesihatan untuk penjagaan mata.

Waktu Beroperasi:

Rabu (8.30 a.m -1.00 p.m)

Sila hubungi talian 04-5622762 untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut.

  • Last updated on .
  • Hits: 5164