Skip to main content

Klinik Pakar Kanak-kanak

Perkhidmatan klinik pakar kanak-kanak di IPPT telah dimulakan sejak tahun 2012 yang dikelolai oleh 3 orang pakar kanak-kanak. Klinik pakar kanak-kanak beroperasi pada setiap hari Isnin (sesi petang), Selasa (sesi pagi) dan Khamis (sesi pagi dan petang). Klinik ini menerima pesakit awam yang dirujuk daripada klinik kesihatan dan hospital kerajaan serta klinik dan hospital swasta, manakala bagi staf USM dan tanggungan, tidak memerlukan surat rujukan. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan akan diberikan temujanji untuk berjumpa pakar kanak-kanak yang diingini. Klinik ini menawarkan pemeriksaan klinikal, ujian darah (sekiranya perlu) dan ujian imejan (sekiranya perlu) serta rawatan susulan. Sekiranya pesakit perlu dimasukkan ke wad, pesakit akan dimasukkan ke wad pesakit dalam di IPPT yang terdapat di tingkat 3 bangunan CTC. Ibubapa atau penjaga yang ingin mendapatkan rawatan bagi anak-anak mereka di klinik pakar kanak-kanak hendaklah membawa surat rujukan (untuk bukan staf USM), GL (bagi kakitangan kerajaan) atau surat sekolah bagi mendapatkan pengecualian bayaran.

  • Last updated on .
  • Hits: 5208