AUDIT BERKALA PENTING BAGI MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
BERTAM, 11 April 2016 - Kualiti perawatan terhadap pesakit amat penting bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi standard dan setiap Jururawat mampu memberikan perkhidmatan kejururawatan yang efisyen dan efektif secara professional.
Audit Kejururawatan bertemakan “A Tool For Quality Management” yang dianjurkan oleh Unit Kejururawatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah dilaksanakan bagi menilai kualiti perawatan jururawat di IPPT.
Menurut Pengerusi Program berkenaan, Matron Che Zaiton Dahalan berkata, pelaksanaan audit kejururawatan secara berkala adalah amat penting kerana hasil daripadanya akan dapat dinilai dalam kualiti perawatan.
“Selain itu, ia juga dapat menjadi garis panduan untuk penambahbaikan perkhidmatan kejururawatan dimana semua jururawat hendaklah sentiasa mengamalkan SOP (standard of procedure) secara berterusan,” tambahnya lagi.
Antara objektif perlaksanaan audit ini adalah untuk menilai dan memantau tahap perawatan yang diberikan kepada pelanggan berasaskan piawaian kejururawatan selain menambahbaik dan mengekalkan piawaian kualiti perkhidmatan kejururawatan.
Ia juga mampu memajukan profesyen kejururawatan ketahap nilai yang lebih tinggi selain meningkatkan pengetahuan dan inovasi serta mendidik jururawat mentaliti kelas pertama.
Dalam pada itu juga, audit ini mampu melatih jururawat mengurus isu-isu kejururawatan secara konstruktif dan produktif.
Program ini dihadiri oleh lebih kurang 35 orang Jururawat yang bertugas di Kompleks Klinikal IPPT dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal, Dr Muhammad Yusri Musa.
Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan
- Last updated on .
- Hits: 3159