Skip to main content

IPPT SANTUNI KANAK-KANAK ROHINGYA

Rohingya

PERMATANG PAUH, 11 November 2014 – Kluster Sains Kraniofasial & Biobahan, Seksyen Pergigian dan Unit Kejururawatan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif mengadakan program khidmat masyarakat menyantuni kanak-kanak Rohingya di Rohingya Education Centre (REC) Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan pergigian, latihan memberus gigi dan latihan mencuci tangan.

REC mula beroperasi pada Julai 2010 dan dinaungi oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR). Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang.  Rata-ratanya mereka hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan. Kini terdapat sekitar 200 orang murid yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun.

Adalah diharapkan melalui program seumpama ini akan melahirkan staf yang peka dan ambil berat terhadap permasalahan masyarakat. Menjadi hasrat universiti supaya warganya sentiasa prihatin dengan golongan yang kurang bernasib baik dan sentiasa ikhlas menghulurkan bantuan.

 

Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid  / Foto: Nur Syazana Azizan

  • Last updated on .
  • Hits: 1628