Skip to main content

JUBLI EMAS UPACARA KONVOKESYEN USM

Konvo 50

PULAU PINANG, 5 November 2014 - Upacara Konvokesyen ke -50, Unversiti Sains Malaysia telah diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) bermula hari ini sehingga 9 November. Seramai 5,439 graduan ijazah pertama dan ijazah tinggi akan menerima ijazah masing-masing dari Canselor dan Pro-pro Canselor USM dalam sembilan pecahan sidang.

Pada upacara konvokesyen kali ini, Kebawah D.Y.M.M. Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuanku Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika baginda berangkat menyempurnakan upacara tertinggi dalam kalendar universiti itu.

Selain itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil juga dianugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam.

Seramai 41 pelajar dari IPPT turut sama dalam Upacara Konvokesyen kali ini termasuk seorang pelajar menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) iaitu Rozi Hanisa Binti Musa.

Daripada keseluruhan graduan IPPT yang bergraduasi pada konvokesyen kali ini, seramai 8 orang Sarjana Sains (Penyelidikan), 12 graduan bidang Sarjana Sains (Penyelidikan Perubatan), seorang Sarjana Sains (Sains Transfusi), 9 graduan Sarjana Sains (Toksikologi Kesihatan) dan masing-masing 5 graduan Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) dan Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi).

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah melahirkan graduan pertamanya pada tahun 2005 sejak ditubuhkan pada tahun 2002. Sehingga hari ini, seramai 217 graduan telah menamatkan pengajian di IPPT dengan 11 daripadanya ialah Doktor Falsafah (PhD).

IPPT juga telah melakar sejarah apabila telah melahirkan graduan pertama di Asia dalam bidang Sarjana Perubatan (Perubatan Transfusi) pada tahun 2010 dan Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) pada tahun 2012.

 

Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan

 

  • Last updated on .
  • Hits: 4288