Skip to main content

BPPI ANJUR SEMINAR “GETTING STARTED ON RESEARCH AND GENE SILENCING TECHNOLOGY”

Gene Silencing

BERTAM, 30 Oktober 2014 - Bahagian Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah menganjurkan Seminar “Getting Started on Research and Gene Silencing Technology”.

Seminar tiga hari ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan penyelidik dalam membentangkan proposal penyelidikan menerusi kaedah yang kompetitif dan berdaya saing.

Profesor Dr. Narazah Mohd. Yusoff ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata, “seminar seperti ini seharusnya diadakan dengan lebih kerap agar perkongsian ilmu berkenaan bidang penyelidikan akan berterusan. Dengan itu juga penyelidik dan pelajar dapat menghasilkan kertas kerja penyelidikan yang lebih baik.”

“Saya berharap agar seminar kali ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada semua peserta” tambahnya lagi.

Sesi perkongsian ilmu ini telah menampilkan penceramah undangan Profesor Olaf Heidenreich dari Northen Institute for Cancer Research, Newcastle University, United Kingdom dan Dr. Syed Atif Ali, Pensyarah Kanan di IPPT.

Antara topik yang diperbincangkan dalam seminar 3 hari ini ialah berkenaan sistem penyampaian Lentiviral, strategi untuk menyediakan kertas kerja yang terbaik dan cara menerbitkan kertas kerja penyelidikan.

 

Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan

  • Last updated on .
  • Hits: 1704