4 PELAJAR IPPT TERIMA ANUGERAH DALAM MAJLIS PERSADA KENCANA 2014
PULAU PINANG, 20 Oktober 2014 - Majlis Persada Kencana 2014 anjuran Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Sains Malaysia telah diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang Ijazah Tinggi dalam pelbagai kategori. Majlis yang diadakan di Dewan Budaya USM ini adalah merupakan acara tahunan dan dihadiri oleh penyelidik-penyelidik dan pensyarah USM.
Dalam ucapan perasmiannya, Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang cemerlang dan menerima anugerah dalam majlis ini.
“Anda semua telah membanggakan universiti ini dengan setiap kejayaan dalam penghasilan dan penyelidikan yang telah diakukan. Sejarah yang tercipta bukan sahaja untuk diri para pelajar, tetapi juga menjadi satu sejarah kepada universiti ini,” tambahnya lagi.
Dalam majlis ini, seramai 4 orang pelajar IPPT telah menerima anugarah bagi kategori “School Award Winners”. Mereka adalah Siti Aminah Ahmad, Lee Li Pin, Abdullah Abdul Jabbar Ahmed Al-Ailimi dan Norashikin Zakaria yang masing-masing menerima sijil penghargaan dalam majlis tersebut.
10 orang pelajar turut diberi pengiktirafan untuk kategori Penyelidik Terbaik dan 7 orang pelajar untuk Kategori Tesis Tebaik dari pelbagai latar belakang dan Pusat Pengajian pada tahun ini.
Menerusi Majlis Persada Kencana ini, para pelajar secara tidak langsung mampu meningkatkan motivasi dan keupayaan diri mereka dalam pembelajaran dan seterusnya berjaya dalam bidang yang diceburi.
Majils ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Naib Canselor USM, ketua-ketua jabatan dan pensyarah-pensyarah dari pelbagai pusat pengajian di USM.
Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Norizan Ishak
- Last updated on .
- Hits: 3893