MAJLIS KORBAN DAN AKIKAH PERINGKAT IPPT
BERTAM, 8 Oktober 2014 - Majlis Korban dan Akikah anjuran Unit Hal Ehwal Islam, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM berlangsung meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga IPPT.
Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini diadakan secara gotong royong di perkarangan Kompleks Klinikal dan telah menghimpunkan kakitangan dari pelbagai jabatan dan jawatan untuk sama-sama membantu dalam ibadah korban ini.
Menurut Ustaz Mohamad Shukri Osman, Pegawai Hal Ehwal Islam IPPT, sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya akan diagih-agihkan kepada asnaf-asnaf di sekitar Kampus USM Bertam ini. Selebihnya akan diberikankan kepada warga IPPT yang hadir.
“Majlis Korban dan Akikah peringkat IPPT ini adalah merupakan acara tahunan yang diadakan dan seperti tahun-tahun sebelumnya, ia menjadi satu program yang berjaya menyatukan staf dalam memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ukuwah walaupun berlainan pangkat dan jawatan.”
"Adalah diharapkan agar pada masa akan datang lebih ramai akan bersama-sama turun membantu menjayakan program seperti ini agar tali silaturahim antara kakitangan dapat dieratkan," tambahnya lagi.
Sementara itu, Pengarah IPPT, Profesor Abd. Aziz Tajuddin turut menyampaikan daging korban kepada wakil-wakil asnaf di sekitar Bertam serta kakitangan IPPT yang hadir.
Program ini diakhiri dengan bacaan doa dan tahlil serta jamuan makan tengahari yang turut disediakan secara gotong-royong.
Teks / Foto : Faisal Jamaludin
- Last updated on .
- Hits: 1893