i-WARM: TINGKAT MUTU PENGHASILAN KERTAS KERJA PENYELIDIKAN
BERTAM, 2 Oktober 2014 - Bahagian Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah menganjurkan “Workshop in Advanced Research Methods (I-WARM): Research Paper Writing Workshop” bertempat di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan.
Profesor Dr. Narazah Mohd Yusoff dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan kehadiran para peserta dalam bengkel yang kali kedua dianjurkan ini.
“Menerusi penganjuran kali ini, saya berharap agar para peserta dapat menimba ilmu yang amat berguna serta pengalaman berharga dalam proses penghasilan kertas kerja penyelidikan.”
“Bengkel ini juga diharap dapat meningkatkan bidang penyelidikan di negara ini menerusi perkongsian ilmu bersama penceramah-pencermah pengalaman dalam menggunakan kaedah dan peralatan penyelidikan terkini,” tambahnya lagi.
Penganjuran bengkel dua hari ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan para peserta dalam menghasilkan kertas kerja penyelidikan yang terbaik dan berkualiti serta mampu diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.
Antara penceramah berpengalaman yang dijemput dalam bengkel ini ialah Profesor Emeritus Dr. Cheong Soon Keng, Dekan Fakulti Kesihatan dan Sains Kesihatan Univerisiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Profesor Dr. Mohd Saifulaman Mohd Said, Konsultan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Selain itu, penceramah dalaman IPPT yang turut bersama-sama menyumbangkan kepakaran mereka dalam bengke ini ialah Profesor Rabindarjeet Singh, Ketua Kluster Sains Gaya Hidup serta Dr. Syed A. Ali dan Dr. Hasnah Hasim yang kedua-duanya merupakan Pensyarah di IPPT.
Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Norizan Ishak
- Last updated on .
- Hits: 2108