Skip to main content

IPPT PERKUKUH KERJASAMA DENGAN UNIVERSITY OF SYDNEY, AUSTRALIA

 MG 8582

BERTAM, 2 September 2014 - Kerjasama yang telah terjalin secara rasmi antara dua buah institusi iaitu University of Sydney Australia dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM sejak beberapa tahun lalu telah dipereratkan lagi dengan kehadiran deligasi dari Faculty of Health Science, University of Sydney Australia.

Delegasi seramai 3 orang yang diketuai oleh Profesor Kathryn Refshavge, Dekan Faculty of Health Science, University of Sydney dengan diiringi oleh Profesor Patrick Brennan, Timbalan Dekan, International Research Development, University of Sydney dan Profesor Glen Davis, Pensyarah dari universiti yang sama.

Objektif utama lawatan ini diadakan ialah untuk melihat penerokaan peluang dalam program penyelidikan dan pembangunan di kedua-dua Institusi, program pertukaran pelajar (pascasiswazah, PhD) selain peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan.

Sebagai wakil tuan rumah, Dr. Mohamad Yusri Musa, Timbalan Pengarah Klinikal menyambut ketibaan delegasi dengan mengadakan sesi taklimat dan pengenalan tentang IPPT. Sesi ini diteruskan dengan perbincangan berkenaan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh setiap kluster di IPPT.

Delegasi turut dibawa melawat sekitar Kompleks Klinikal yang menempatkan peralatan perubatan moden yang digunakan untuk tujuan mendiagnos dan merawat pesakit.

Dalam lawatan singkat ini juga, satu mesyuarat meja bulat dan kolaborasi penyelidikan turut diadakan bersama Prof. Abd. Aziz Tajuddin, Pengarah IPPT. Perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Kluster IPPT.

 

Teks: Faisal Jamaludin / Foto: Amir Zaidi Abu Hassan

  • Last updated on .
  • Hits: 1670