Skip to main content

PPSP DAN IPPT BERGABUNG ANJUR GCP 2014

JEPeM copy

KUBANG KERIAN, 18 Ogos 2014 - Bengkel Good Clinical Practice (GCP) 2014 pada kali ini telah diadakan dengan jayanya di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian. Bengkel anjuran bersama buat pertama kalinya di antara PPSP dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM Kepala Batas.

Tujuan utama bangkel 3 hari ini diadakan ialah untuk memberi pemahaman tentang peraturan dan kaedah-kaedah mengenai ujian klinikal yang melibatkan subjek manusia serta memastikan kualiti dan keselamatan mereka. Selain itu, bengkel ini adalah sebagai persediaan bagi diakreditasi oleh pihak FERCAP (Forum for Ethical Review Committees in the Asian and Western Pacific Region) terhadap ahli Jawatankuasa Penyelidikan Manusia (JEPeM) USM.

Bengkel yang melibatkan seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang ahli JEPeM dan 14 peserta luar ini diadakan di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar, PPSP bermula 18 hingga 20 Ogos 2014.

Antara penceramah yang hadir ialah Prof. Abdul Rashid Abdul Rahman (CUCMS), Prof Shaiful Bahari Ismail (PPSP, USM), Prof Narazah Mohd Yusoff (IPPT, USM), Prof Madya Juwita Shaaban (PPSP, USM), Dr. A.T Kumararajah a/l Tambyrajah (SEEDS), Tuan Roslli Tuan Yusoff (HUSM) dan En. Zaril Harza (BPFK).

 

Teks & Foto: Nizuwan Azman  / Suntingan: Faisal Jamaludin 

  • Last updated on .
  • Hits: 1677