Skip to main content

ECCENTRIC TRAINING – SENAMAN TERAPI UNTUK KESIHATAN

 MG 8541

BERTAM, 30 Ogos 2014 – Sakit kronik, faktor usia dan kegemukan bukanlah penghalang kepada seseorang individu untuk melakukan senaman. Hal ini kerana, terdapat senaman tertentu seperti kaedah senaman “Eccentric Training” yang boleh dilakukan oleh warga emas (berusia 65 tahun ke atas), pesakit kanser, pesakit yang mempunyai masalah jantung dan kanak-kanak yang obesiti.

 
Menurut Profesor Ken Nosaka yang merupakan Pakar dalam bidang Eccentric Training berkata “eccentric training adalah merupakan senaman yang efektif dan mampu merawat kecederaan otot serta meningkatkan stamina.” Ujar beliau lagi semua pergerakan dalam senaman eccentric dibuat secara perlahan-lahan dan tidak membebankan. Selain itu, senaman ini juga menjadi terapi kendiri dan mampu untuk memulihkan kecederaan otot serta kelesuan otot yang dialami.

 

Eccentric


Profesor Ken Nosaka telah dilantik sebagai Senior Research Associate di Kluster Sains Gaya Hidup IPPT. Di peringkat antarabangsa beliau adalah merupakan pakar rujuk dalam bidang Eccentric Training. Dilahirkan di Jepun dan telah berkecimpung selama 30 tahun dalam bidang penyelidikan Sains Sukan. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 200 buah jurnal saintifik dan fokus utama penyelidikan beliau adalah dalam bidang ‘muscle damage’ dan ‘delayed-onset muscle soreness (DOMS)’.


Dalam sesi lawatan kerja ke IPPT, Profesor Ken Nosaka telah menyampaikan syarahan bertajuk “Eccentric Exercise-Induced Muscle Damage and Adaption” kepada para penyelidik di IPPT dan juga peserta jemputan dari Pusat Satelit, Institut Sukan Negara, Pulau Pinang. Seterusnya beliau juga sempat meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada fasilitator  AMDI Fitness Lab berkenaan dengan senaman eccentric.


Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid  / Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 2160