Skip to main content

SEMINAR SAINTIFIK PASCA SISWAZAH

Saintifik2

BERTAM, 23 Julai 2014 – Seminar Saintifik Pasca Siswazah adalah merupakan program tahunan anjuran Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar IPPT. Seminar ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar pasca siswazah untuk meningkatkan kemahiran dalam menyampaikan pembentangan penyelidikan.

Selain itu, seminar ini juga menjadi platform kepada pelajar, pensyarah dan penyelidik untuk berkongsi idea dan input baru dalam konteks penyelidikan. Saban tahun seminar akan dianjurkan sebaik sahaja para pelajar selesai menyiapkan disertasi mereka. Dengan kata lain, seminar ini adalah sebagai pra persediaan kepada para pelajar sebelum mereka membuat pembentangan akhir (viva voce examination).

Saintifik


Seminar kali ke-8 ini telah menghimpunkan seramai 50 orang pensyarah dan 22 orang calon pelajar pasca siswazah yang terdiri daripada pelajar mod campuran, Sarjana Sains (Sains Transfusi), Sarjana Sains (Penyelidikan Perubatan) dan Sarjana Sains (Toksikologi Kesihatan). Manakala yang selebihnya pula adalah pelajar mod penyelidikan yang turut membentangkan penemuan hasil kajian masing-masing.


Adalah diharapkan dengan seminar dan wacana ilmiah seumpama ini akan dapat menghasilkan banyak penemuan baru yang boleh dikembangkan melalui permohonan geran penyelidikan untuk kajian yang lebih mendalam dan seterusnya diterjemahkan untuk kebaikan masyarakat.

 

Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid      Foto : Amir Zaidi Abu Hassan

  • Last updated on .
  • Hits: 1843