Skip to main content

IFTAR PERDANA IPPT ERATKAN UKHUWAH

iftar 2014 1

BERTAM, 16 Julai 2014 - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia tidak melepaskan peluang mengadakan Majlis Iftar Perdana bersama warga IPPT di Perkarangan Kompleks Klinikal di sini.

Program ini telah dihadiri lebih kurang 200 orang  yang terdiri daripada staf IPPT dan juga pelajar. Turut diraikan pada majlis ini ialah pelajar-pelajar tahfiz di sekolah berhampiran, anak-anak yatim serta golongan kurang berkemampuan sekitar Bertam.

Naib Canselor USM, Prof. Dato Omar Osman turut bersama-sama dalam majlis yang diadakan serba ringkas ini. Dalam kesempatan ini, Naib Canselor juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada pesakit-pesakit yang berada di wad pesakit dalam IPPT, anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz dan golongan yang kurang berkemampuan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Profesor Dr. Adnan Hussein, Pengarah Pusat Islam, Profesor Dato’ Dr. Muhammad Idiris Saleh, Timbalan Pengarah Klinikal IPPT, Dr Muhammad Yusri Musa mewakili Pengarah IPPT, serta Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi IPPT, Profesor Dr. Narazah Mohd Yusof.

iftar 2014 2

Majlis Iftar Perdana ini adalah merupakan aktiviti tahunan dan ianya adalah salah satu daripada program Ihya Ramadhan tahun ini. Majlis tersebut bertujuan mendekatkan lagi hubungan silaturrahim antara warga IPPT dengan pengurusan tertinggi USM, serta ahli keluarga yang menghadiri majlis tersebut.

 

Teks: Faisal Jamaludin        Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 2094