KSGH BANTU WARGA USM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDAR PUTRA, 18 Jun 2014 - Kluster Sains Gaya Hidup, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah menganjurkan Program “Enhancing Lifestyle of USM Staff” untuk tahun kedua. Pada tahun lepas, program yang dirancang ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada staf USM.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada Staf USM dalam usaha mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat dan dinamik dengan mengetahui cara-cara memulakan senaman, amalan pemakanan yang sihat dan bermotivasi diri tinggi untuk melakukan senaman. Program ini tertumpu kepada Staf IPPT kerana terdapat ramai dikalangan Staf IPPT adalah diklasifikasikan sebagai “Obese”.
Prof. Rabindarjeet Singh, Ketua Kluster Sains Gaya Hidup telah hadir dan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang mengikuti program tersebut pada majlis penutup. Dalam ucapannya sebelum itu, beliau berharap agar Staf IPPT dapat mengubah cara hidup masing-masing kepada cara hidup yang sihat melalui peningkatan ilmu pengetahuan tentang pentingnya senaman, amalan pemakanan yang sihat dan tahap pemikiran terhadap senaman dan pemakanan dalam amalan hidup sihat.
Program ini mempunyai dua segmen dimana sesi ceramah tentang pemakanan, senaman dan gaya hidup sihat disampaikan oleh mereka yang arif dalam bidang masing-masing. Segmen kedua pula ialah sesi senaman dimana para peserta diberi tunjuk ajar cara-cara melakukan senaman dengan betul. Sesi senaman ini dikendalikan oleh staf AMDI Fitness Lab yang mempunyai tauliah dalam bidang senaman.
Teks / Foto : Faisal Jamaludin
- Last updated on .
- Hits: 1562