Skip to main content

PELAJAR UiTM ADAKAN LAWATAN AKADEMIK KE KSGH

BANDAR PUTRA, 17 Jun 2014 - Kluster Sains Gaya Hidup, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, USM telah menerima Lawatan Akademik daripada sekumpulan Pelajar  dan Pensyarah daripada Fakulti Sains Sukan dan Reksreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Lawatan yang disertai oleh 20 orang pelajar dan seorang pensyarah ini bertujuan untuk mendapat, berkongsi maklumat dan pengalaman mengenai bidang sains sukan dan senaman. Menerusi lawatan akademik ini juga, para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas tentang gambaran sebenar peralatan terkini yang digunakan untuk menjalankan kajian dalam bidang sukan dan kesihatan selain dapat menimba pengalaman berharga yang boleh diaplikasikan dalam sektor pekerjaan kelak.

Prof. Rabindarjeet Singh, Ketua Kluster Sains Gaya Hidup turut menyampikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dilaksanakan di IPPT dan kluster. Beliau turut menyentuh beberapa topik tentang kesihatan, kecergasan dan sukan.

Dalam lawatan ini, pelajar dibawa meninjau makmal-makmal yang digunakan untuk menjalankan pelbagai kajian tentang senaman. Lawatan ini turut dibantu oleh pegawai dari KSGH bagi memberi penerangan tentang peralatan yang digunakan untuk menjalankan kajian berkenaan sukan dan kecergasan.

Para pelajar sangat berpuas hati dengan pengalaman yang ditimba sepanjang lawatan ini diadakan. Rata-rata mereka berhasrat untuk bekerja dalam bidang sains sukan ini bagi membantu meningkatkan mutu sukan di negara ini.

  • Last updated on .
  • Hits: 1396