ORENTASI PELAJAR BAHARU SARJANA PERUBATAN
BERTAM, 3 Jun 2014 - Satu taklimat pelajar baharu Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear dan Perubatan Transfusi) bagi sidang akademik 2014/2015 telah diadakan di Bilik Kuliah Akademik, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia.
Seramai 11 orang pelajar telah mengesahkan kehadiran mereka untuk melanjutkan pengajian dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah berkenaan, seramai 6 orang adalah pelajar Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) dan selebihnya akan mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan Transfusi.
Pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada kalangan Pegawai Perubatan yang kini berkhidmat di hospital-hospital di seluruh Malaysia.
Taklimat berkenaan IPPT telah disampaikan oleh Prof. Dr Narazah Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Penyelidikan Penerbitan dan Inovasi dengan dihadiri juga oleh pensyarah-pensyarah yang dijemput untuk bersama-sama dalam sesi orientasi ini.
Minggu orientasi yang dijalankan selama 3 hari ini telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang sesi pembelajaran di IPPT disamping memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Mereka dibawa melawat sekitar IPPT bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman berada disini sebelum memulakan pengajian.
Teks / Foto : Faisal Jamaludin
- Last updated on .
- Hits: 2248