BENGKEL SEMAKAN SEMULA PROGRAM SARJANA SAINS (TOKSIKOLOGI KESIHATAN)
BERTAM, 28 Mei 2014 - Program Sarjana Sains (Toksikologi Kesihatan) telah ditawarkan di IPPT sejak tahun 2010 lagi. Bagi memenuhi keperluan dan perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa, satu sesi pemurnian modul program berkenaan telah diadakan. Ini adalah bertujuan untuk menstruktur semula sukatan pengajaran agar ianya lebih releven dan memenuhi keperluan semasa.
Bengkel Semakan Semula Program Sarjana Sains (Toksikologi Kesihatan) yang diadakan selama sehari ini telah dihadiri oleh penceramah jemputan bagi berkongsi pandangan dan idea dalam menstruktur semula program pengajian ini. Antara penceramah yang dijemput ialah Prof. Madya Dr. Anuar Osman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Riadz Mazeli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kesihatan Alam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Mohd Hashairi Hj Fauzi dan Dr. Chew Keng Sheng yang kedua-duanya dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian.
Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Pensyarah dan Pakar Perubatan terlibat dalam berkongsi pandangan menerusi bengkel tersebut.
Bengkel ini diadakan berikutan dari saranan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang kerangka kelayakan Malaysia yang harus dipatuhi oleh semua institusi yang menawarkan program pengajian. Sesungguhnya semangat kerjasama tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli bengkel membolehkan matlamat bengkel telah dicapai dengan jayanya.
Teks: Faisal Jamaludin Foto: Hartini Abd Ghani
- Last updated on .
- Hits: 2338