IPPT TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITE DE GRENOBLE
BERTAM, 2 Mei 2014 – Profesor Jean-Pierre Chevallet yang mewakili Naib Canselor Universite de Grenoble, France telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke IPPT bagi mengenal pasti kerjasama dalam bidang penyelidikan antara kedua-dua belah pihak. Pada masa yang sama beliau turut meluangkan masa melawat Pusat Pengajian Sains Komputer (PPS) yang telah pun mempunyai hubungan kerjasama yang baik dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran. Terdahulu PPS telah menghantar para pelajar Sarjana mereka untuk menjalani latihan dan mendapat pendedahan yang lebih meluas di universiti tersebut.
Taklimat tentang Penyelidikan di IPPT telah disampaikan oleh Prof. Dr. Narazah Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi. Prof. Narazah dalam ucapan aluannya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran Profesor Jean-Pierre Chevallet ke IPPT. Tambah beliau sebagai sebuah institusi yang sedang membangun seperti IPPT ini kerjasama dalam bentuk penyelidikan adalah menjadi agenda utama yang senantiasa diberi tumpuan dan adalah diharapkan dengan lawatan ini akan menjadi perintis ke arah kerjasama yang lebih erat dalam apa jua bidang sekali pun.
Turut serta dalam lawatan ialah Prof. Dr. Abdullah Zawawi Hj. Talib dari PPS, Ketua-ketua Kluster, para pensyarah dan pegawai-pegawai IPPT.
Berita & Foto : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid
- Last updated on .
- Hits: 1623