KONTINJEN IPPT BUKTIKAN KECEMERLANGAN
PULAU PINANG, 12 Mei 2014 – Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kontinjen IPPT yang telah memberikan saingan yang sengit dalam Temasya Olahraga Tahunan Ke-40 yang telah berlangsung di Kampus Induk USM. Pada temasya kali ini IPPT menghantar seramai 20 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam sembilan acara yang dipertandingkan. Acaranya ialah 1500 Meter, 3000 Meter Jalan kaki (V), 5000 Meter, Lempar Cakera, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Merejam Lembing dan Tarik Tali.
Pencapaiannya yang amat membanggakan ialah kejayaan meraih pingat emas bagi acara Tarik Tali di mana IPPT telah berjaya menewaskan Kampus Kesihatan dalam perlawanan akhir. Kemudian diikuti dengan kejayaan Dr. Enrico Magosso meraih pingat perak dalam acara 3000 Meter Jalan Kaki (V). Seterusnya pingat gangsa telah berjaya diperolehi menerusi Mohd Harizal Ab. Bakar dalam acara Lempar Cakera dan Lontar Peluru.
Secara keseluruhannya prestasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh kontinjen amat baik dan beliau amat berpuas hati dengan kejayaan yang telah dilakar ujar Mohd Rahimi Abdullah yang merupakan Penolong Ketua Kontinjen IPPT. Tambahnya lagi walau pun IPPT tidak mempunyai kemudahan sukan yang lengkap seperti Kampus Induk namun masih lagi dapat memberikan tentangan dan cabaran yang sengit kepada kontinjen lain dan ini telah memberi satu keyakinan kepada semua peserta untuk muncul juara pada temasya tahun hadapan.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada staf yang telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan juga para penyokong yang sentiasa memberi sorakan semangat dan sokongan padu kepada kontinjen IPPT.
Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid
Foto : Norizan Ishak dan Amir Zaidi Abu Hassan
- Last updated on .
- Hits: 1521