Skip to main content

IPPT TUAN RUMAH MESYUARAT BAJET USM

IPPT-TUAN-RUMAH-MESYUARAT-BAJET-USM

BERTAM, 24 April 2014 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah dipilih oleh pihak universiti sebagai tuan rumah untuk Mesyuarat Pemeriksaan Bajet Tahun 2015 USM. Buat julung kalinya IPPT telah dipilih sebagai tuan rumah dan ini merupakan satu penghormatan daripada pihak universiti kepada IPPT.
 
Mesyuarat ini telah berlangsung di Dewan Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC) IPPT. Antara barisan Pengurusan Tertinggi universiti yang hadir ialah Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Pemangku Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengarah Jabatan Pembangunan, Ketua Pegawai Maklumat, Pengarah-pengarah Kampus, Pengarah IPPT dan Ketua-ketua Jabatan. Manakala wakil agensi pusat yang hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan.
 
Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat yang amat penting ini.
 
 
 
 
 
Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid      Foto : Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 1585