AMALAN CUCI TANGAN PERLU DIBERI PENEKANAN
BERTAM, 23 April 2014 - Masyarakat hari ini dilihat sering mengabaikan amalan kebersihan tangan atau “hand hygiene” terutamanya dalam kalangan kakitangan kesihatan seperti doktor, jururawat dan lain-lain. “Hand hygiene” adalah perbuatan membersihkan tangan dengan menggunakan air atau cecair lain bagi menghapuskan kotoran atau mikroorganisma. “Hand hygiene” merupakan salah satu teknik untuk mengurangkan “nasocomial infections”.
Bagi memberi pendedahan dan galakan amalan “hand hygiene” ini, Unit Kawalan Jangkitan IPPT bersama Kumpulan “Hand Hygiene” IPPT telah mengajurkan Bengkel “Hand Hygiene” yang diadakan di Unit Penjagaan Ambulatori. Bengkel sehari ini telah disertai oleh 25 orang jururawat IPPT.
Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menjadikan amalan kebersihan tangan atau “hand hygiene” sebagai “standard care” di semua peringkat oleh kakitangan kesihatan IPPT dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan ini termasuk kepada pesakit dan juga pelawat.
Mikroorganisma berada di semua persekitaran kita dan manusia sering terdedah kepadanya. Cara perpindahan mikroorganisma di kawasan hospital dan kakitangan hospital adalah melalui “direct contact” denga pesakit yanga ada penyakit berjangkit, peralatan atau bahan-bahan yang tercemar. Organisma ini akan merebak melalui tangan staf hospital jika tidak mengamalkan teknik mencuci tangan yang betul. Menerusi amalan ini, ianya mampu mengurangkan kadar “nasocomial infections” di kalangan pesakit.
Prof. Abdul Aziz Tajuddin, Pengarah IPPT turut hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta di penghujung bengkel tersebut. Antara lain yang hadir ialah Dr. Eshaifol Azam Omar, Pengurus Kanan (Perubatan & Penyelidikan Klinikal), Dr. Sa'adiah Shahabudin, Pengurus Kanan (Pergigian & Kualiti) dan Encik Md. Hisham Abd. Razak, Pengurus Kanan (Farmasi & Kelestarian).
Teks: Faisal Jamaludin Foto: Norizan Ishak
- Last updated on .
- Hits: 7413