LUMHS, PAKISTAN LAWAT IPPT
BERTAM, 7 FEB 2014 – Liaquat University of Medical and Health Science (LUMHS), Jamshore Sindh, Pakistan telah mengadakan kunjungan rasmi ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM selepas majlis penandatanganan perjanjian persefahaman (MoU) antara USM dan LUMHS di Kampus Induk, Pulau Pinang.
LUMHS yang telah pun ditubuhkan sejak tahun 1850 yang pada mulanya sebagai sekolah perubatan di Pakistan. Universiti yang terletak kira-kira 160 kilometer dari bandaraya Karachi ini dahulunya dikenali sebagai Liaquat Medical College sebelum dinaiktaraf sebagai universiti pada tahun 2001.
Kunjungan deligasi yang diketuai oleh Naib Canselornya, Prof. Dr. Norshad A. Shaikh bertujuan untuk melihat sendiri kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di sini. Turut sama dalam deligasi tersebut ialah, Prof Madya Dr. Aneela Attar Ur Rahman, Chairperson Department Of Community Medicine & Public Health Sciences, LUMHS.
Dalam lawatan tersebut, deligasi diberi penerangan ringkas oleh Prof. Abd Aziz Tajuddin, Pengarah IPPT tentang latar belakang dan program-program yang ditawarkan di sini. Mereka turut dibawa melawat ke unit-unit yang terdapat di Kompleks Penyelidikan Klinikal dan melihat sendiri kemudahan teknologi perubatan yang ada.
Lawatan singkat ini diharap dapat memberikan manfaat dan maklumat yang berguna kepada Liaquat University of Medical and Health Science (LUMHS). Selain itu, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) juga berharap agar lawatan ini dapat mencetuskan hubungan kerjasama antara Liaquat University of Medical and Health Science (LUMHS) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) pada masa hadapan.
Teks : Nurul Khairul Atiqah Rashidi Foto: Amir Zaidi Abu Hassan
- Last updated on .
- Hits: 2002