Skip to main content

SEMINAR KEBANGSAAN FIZIK PERUBATAN KALI KE-9

NSMP2

Persatuan Fizik Perubatan Malaysia dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia dan Kolej Radiologi, Akademi Perubatan Malaysia akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Fizik Perubatan kali ke-9 di Hotel Marriott, Putrajaya, Malaysia pada 05 April 2014. Seminar kebangsaan ini diadakan serentak dengan Mesyuarat Saintifik Kolej Radiologi Malaysia.

Tema persidangan kali ini ialah ‘Kemajuan Terkini dalam Multidisiplin Penyelidikan dan Amalan Klinikal’. Persidangan ini akan membincangkan penyelidikan terkini bidang fizik perubatan yang bersifat multidisiplin dan perkembangan terkini amalan klinikal dalam fizik perubatan termasuk pendidikan dan latihan formal fizik perubatan klinikal.

Jawatankuasa penganjur persidangan ini amat berbesar hati menjemput pelajar tahun akhir siswazah, pelajar pasca siswazah, pensyarah, penyelidik, pelatih klinikal dan ahli dalam bidang fizik sinaran perubatan atau bidang berkaitan seperti imejan perubatan, terapi radiasi, perubatan nuklear, keselamatan sinaran perubatan dan kejuruteraan bioperubatan bagi menghadiri atau membentangkan kertas kerja di persidangan ini.

Penyertaan sebagai pembentang kertas kerja telah dibuka dan tarikh tutup penerimaan abstrak kertas kerja adalah pada 17 Februari 2014. Bagi abstrak yang diterima, pembentang akan dijemput menghantar kertas kerja penuh yang akan diulas dan dinilai oleh jawatankuasa saintifik seminar sebelum diterbitkan dalam Journal of Physics: Conference Series (JPCS), sebuah penerbitan antarabangsa Institute of Physics, UK http://conferenceseries.iop.org/). Penyertaan sebagai peserta dibuka sehingga persidangan berlangsung. Maklumat lanjut mengenai persidangan ini boleh didapati melalui http://www.nsmp2014.info. Kesemua pendaftaran penyertaan kecuali dengan justifikasi khas perlu dibuat secara atas talian melalui laman sesawang tersebut.

Jika terdapat keperluan khas pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Rafidah Zainon (Pengerusi Persidangan) / Dr Hafiz Mohd Zin (Pengerusi Saintifik dan Penerbitan) melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau telefon talian terus +604 562 2554 / 2551.

  • Last updated on .
  • Hits: 3813