BUKU 2014: KETERANGKUMAN, KELESTARIAN DAN KECEMERLANGAN
PULAU PINANG, 8 Jan 2014 – Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Omar Osman mengajak selurh warga USM untuk berganding bahu bagi mencapai kecemerlangan dengan memberi penumpuan kepada keterangkuman, kelestarian dan kecemerlangan. Ini berkait rapat dengan proses menjayakan perancangan, perlaksanaan dan prospek USM 2014 dan APEX Fasa 2 2014-2018. Beliau menegaskan demikian pada Perutusan Tahunan Naib Canselor 2014 yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia.
Beliau ingin menjadikan cogan kata “1USM-Kami Sayang USM” sebagai teras untuk kecemerlangan universiti. Perutusan Naib Canselor tahun ini memfokuskan kepada 5 teras utama iaitu Tema BUKU 2014, pencapaian 5 tahun USM, pelancaran APEX Fasa 2, perlaksanaan program kecemerlangan 2014 dan prospek 2014 yang mementingkan kualiti dan releven untuk bakat dalam kalangan serta pengurusan kewangan yang lestari, sumber dan institusi.
Dalam perutusannya juga, beliau turut menyenaraikan 15 program utama dalam Pembangunan Institusi dan antaranya ialah pemajuan IPPT sebagai pusat rujukan untuk bidang-bidang yang dikenalpasti selain meneruskan perkhidmatan klinikal penyelidikan dan bidang-bidang lain yang dikenalpasti.
Selain itu, perancangan pembangunan Kampus Bertam sebagai kampus ke-4 USM juga diumumkan dengan membawa beberapa pusat pengajian dan pusat lain untuk menjadikan IPPT lebih kukuh dengan kelulusan daripada kerajaan.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Abbas. Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan pegawai-pegawai utama Universiti.
Dalam majlis berkenaan juga, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang turut menyampaikan Sijil Geran Penyelidikan, penyampaian Sijil Penghargaan kepada Top Research Scientist Malaysia (TRSM) dan Felo ASM, Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pemenang Pingat Emas Sukan SEA (Acara Individu dan Berpasukan Karate) dan pelancaran buku-buku terbitan USM dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teks / Foto : Faisal Jamaludin
- Last updated on .
- Hits: 3699