Skip to main content

LAWATAN KERJA DAN PEMANTAUAN FELOW

UK

LONDON, Disember 2013 - Universiti Sains Malaysia dalam usahanya menjaga kualiti dan menunjukkan keperihatinan terhadap staf telah mengadakan pemantauan felow tajaannya di luar negara. Lawatan pemantauan luar negara kali ke-2 bagi tahun 2013 ini telah diadakan di United Kingdom bermula 3 Disember hingga 10 Disember 2013. Lima stesen pertemuan telah dikenalpasti dalam lawatan pemantauan pada kali ini iaitu di London, Southampton, Cardiff, Manchester dan Glasgow.

Selain melihat perkembangan pengajian felow, lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh felow, mengeratkan perhubungan dan mengadakan lawatan ke Christie Cancer Hospital, London Imperial College serta beberapa buah Universiti yang menempatkan felow di United Kingdom.

Lebih 30 orang felow dan keluarga sempat ditemu bual dan beramah mesra dalam sesi perjumpaan pada yang diketuai oleh Prof. Abd Aziz Tajuddin, Pengarah IPPT, Prof. Zainal Arifin Mohd Ishak, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Dr. Muhamad Yusri Musa, Timbalan Pengarah (Klinikal) IPPT serta Encik Hazlan Abdul Hamid, Ketua Penolong Pendaftar IPPT. Delegasi turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Pengarah Education Malaysia di United Kingdom & Ireland.


 
Teks dan Foto : Hazlan Abdul Hamid

  • Last updated on .
  • Hits: 3013