Skip to main content

IPPT HARGAI SUMBANGAN PENSYARAH

Apresiasi

Apresiasi2

BERTAM, 17 Disember 2013 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Malam Apresiasi Staf Akademik bagi tahun 2013 bertempat di Penang Golf Resort, Kepala Batas.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai sumbangan dan kejayaan pensyarah-pensyarah yang telah banyak mengharumkan nama jabatan di peringkat nasional dan antarbangsa dalam bidang penyelidikan.

Prof. Abdul Aziz Tajuddin, Pengarah IPPT turut hadir merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya beliau berkata, “majlis ini adalah merupakan platform khusus yang dianjurkan oleh IPPT untuk memberi anugerah dan pengiktirafan kepada pensyarah-pensyarah yang cemerlang dan telah memberi banyak sumbangan dalam bidang penyelidikan, penerbitan dan inovasi untuk sepanjang tahun 2011 hingga 2013.”

“Kejayaan yang diperolehi seharusnya diulangi untuk masa akan datang. Kecemerlangan boleh dicapai sekiranya setiap penyelidik mengekalkan keazaman untuk mencapai sasaran seperti yang telah disarankan oleh USM sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka. Dengan prasarana penyelidikan yang terkini dan bilangan pensyarah sedia ada, kita mampu untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan penyelidikan di IPPT khususnya dan USM secara amnya,” tambahnya lagi.

Anugerah pada majlis tersebut terbahagi kepada berapa kategori antaranya Anugerah Penerbitan Terbanyak, Anugerah Khidmat Masyarakat dan beberapa lagi anugerah yang diberikan penghargaan.

Ucapan syabas dan tahniah kepada para pensyarah yang telah dipilih untuk menerima anugerah dan hadiah pada malam tersebut kerana ia merupakan pengiktirafan kepada semua di atas kesungguhan dalam menjayakan agenda penyelidikan universiti. Semoga ianya menjadi perangsang dan cabaran kepada penyelidik yang lain untuk mempertingkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang gemilang di tahun hadapan.

 

Teks: Faisal Jamaludin  / Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 3174