Skip to main content

PELAJAR SAINS SUKAN UiTM LAWAT KSGH

UiTM Perlis

UiTM Perlis2

BERTAM, 9 Disember 2013 – Seramai 20 orang pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis telah mengadakan lawatan akademik ke Kluster Sains Gaya Hidup, Insitut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM).

Tujuan utama lawatan akademik ini diadakan untuk memenuhi silibus “Applied Exercise Physiology” yang perlu diambil dalam semester kelima, Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan.

Kluster Sains Gaya Hidup ditubuhkan untuk memperkenalkan pendekatan yang inovatif dan menilai amalan sedia ada untuk mencegah, merawat dan mengurus pelbagai penyakit akibat daripada kurangnya aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup serta pemakanan yang tidak sihat.

Menerusi lawatan akademik ini, para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas tentang gambaran sebenar peralatan terkini yang digunakan untuk menjalankan kajian dalam bidang sukan dan kesihatan selain dapat menimba pengalaman berharga yang boleh diaplikasikan dalam sektor pekerjaan kelak.

Dalam lawatan tersebut, Prof. Rabindarjeet Singh, Ketua Kluster Sains Gaya Hidup menyampikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang dilaksanakan di IPPT dan kluster selain menyentuh tentang kesihatan, kecergasan dan sukan. Lawatan ini turut dibantu oleh pegawai dari KSGH bagi memberi penerangan tentang peralatan yang digunakan untuk menjalankan kajian berkenaan sukan dan kecergasan.

Encik Harris Kamal Kamaruddin yang merupakan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Perlis telah mengetuai lawatan sehari ini. Menerusi lawatan ini, para pelajar sangat berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan dan rata-rata mereka berhasrat untuk menjalankan latihan industri di sini pada penghujung pengajian nanti.

 

Teks: Faisal Jamaludin  / Foto: Norizan Ishak

  • Last updated on .
  • Hits: 4797