Skip to main content

HWS 2013 ERATKAN JALINAN ANTARA KAMPUS

HWS 2013

HWS 2013 2

PULAU PINANG, 30 Nov 2013 - Program Hari Warga Staf (HWS) USM 2013 yang diadakan baru-baru ini nyata mampu mengeratkan hubungan antara warga USM dalam satu acara tahunan yang melibatkan staf USM dari keempat-empat kampus termasuk IPPT di Bertam.

Sebanyak tujuh kontingen berkampung di kampus USM Induk Pulau Pinang untuk menjayakan aktiviti tahunan yang melibatkan semua peringkat staf. Aktiviti ini bermatlamat untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama berpasukan atas nama USM sebagai sebuah keluarga yang besar.

Program yang bertemakan “Saya Sayang USM” kali ini telah berubah lokasi yang biasanya diadakan di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dan kini diadakan di Kampus Induk Pulau Pinang. Sesuai dengan USM yang mementingkan kelestarian, nama-nama kontingen juga dipilih sempena nama ungags yang jarang kita kenali. Antaranya ialah Tampung Bajau, Merbah Surih, Birik-Birik, Sambar Kuning, Pipit Hutan, Pekaka Udang dan Pucung Harimau.

Bagi warga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), perubahan lokasi HWS 2013 tahun ini memberi lebih peluang kepada ramai peserta untuk menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan. Dengan penyertaan lebih kurang 100 orang peserta, IPPT mampu bersaing untuk meraih kemenangan dalam acara yang dipertandingkan.

Mohd Salleh Abdul Rahman dari Seksyen IT telah berjaya memperoleh tempat kedua dalam acara Larian Kampus. Peserta lain dari IPPT juga mendapat kedudukan 20 terbaik dalam acara yang sama. Selain itu, IPPT juga turut mendapat tempat kedua dalam acara Treasure Hunt yang diadakan di sekitar kampus USM dan juga berjaya memenangi beberapa acara sukaneka yang diadakan.

Acara lain yang dipertandingkan ialah pertandingan memasak (Masterchef) dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Kontingen Merbah Surih dari Kampus Induk USM telah memenangi tempat pertama dalam HWS kali ini dengan mengatasi 6 kontingen lain melalui pungutan mata tertinggi.

Turut diadakan ialah Malam Persembahan Kebudayaan dengan tema “60an : Kenangan Mengusik Jiwa” selain aktiviti cabutan bertuah kepada peserta dan tetamu yang hadir.

 

Teks / Foto : Faisal Jamaludin

  • Last updated on .
  • Hits: 2439